Thursday, 23 March 2017

MASTITIS: panduan untuk ibu yang menyusukan bayi



Apakah mastitis?Mastitis ialah keadaan di mana payudara anda mengalami keradangan. Keradangan ini boleh menjadi jangkitan dengan cepat. Jika anda mengalaminya, anda mungkin mendapati kawasan payudara anda: 

  • merah 
  • keras
  • sakit 
  • panas 
  • bengkak

Anda juga akan rasa benjolan yang biasanya dirujuk sebagai "duktus tersumbat". Walau bagaimanapun, ini bukan disebabkan oleh sumbatan, tetapi oleh susu yang masuk ke dalam tisu payudara dan bukannya ke dalam duktus susu. 

Anda juga mungkin mengalami simptom-simptom seakan-akan flu, seperti:

  • seram sejuk
  • sakit kepala
  • suhu badan melebihi 38.5 darjah C
  • keletihan

Jika anda mengalami mastitis, anda bukanlah keseorangan. Kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. 

Mastitis adalah satu pengalaman yang teruk. Namun yakinlah bahawa dengan rawatan yang betul, ia boleh sembuh dengan cepat. Malangnya anda boleh mendapat mastitis lebih daripada satu kali, tetapi jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa. Harap ini menyenangkan hati anda!

Apakah punca mastitis?Mastitis selalunya disebabkan oleh "stasis susu". Ini adalah keadaan di mana susu terkumpul dalam payudara keerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia dikeluarkan. 

Stasis susu boleh berlaku apabila bayi anda tidak mengosongkan payudara anda sepenuhnya semasa dia menyusu. Ini mungkin kerana bayi tidak melekap dengan baik. 

Perkara-perkara berikut juga boleh menyebabkan stasis susu dan menyebabkan mastitis: 

  • pembengkakan yang tidak kembali kepada normal;
  • menyusu mengikut rutin yang ketat
  • kecederaan pada payudara

Kadang kala stasis susu boleh bertambah teruk dan menjadi mastitis yang dijangkiti. Ini mungkin berlaku jika anda mengalami puting merekah. Jangkitan boleh menembus masuk melalui rekahan atau fisur dalam puting dan terus ke sistem limfa payudara. 

Anda lebih berkemungkinan mendapat mastitis jika anda pertama kali menjadi ibu, tetapi ibu-ibu yang lebih berpengalaman menyusu juga boleh menghidapinya. Mastitis boleh berlaku pada bila-bila masa semasa anda menyusukan anak tetapi biasanya ia berlaku dalam bulan pertama selepas bersalin semasa anda baru mula belajar untuk menyusukan. 

Bagaimanakah saya boleh merawat mastitis?Jangan berhenti menyusu kerana ini akan memburukkan lagi mastitis. Hubungi doktor anda dengan segera. Jika anda sudah mengalaminya selama beberapa hari dan ia telah dijangkiti, doktor anda akan memberikan anda antibiotik.

Cubalah juga kaedah rawatan sendiri yang berikut, tidak kira sama ada anda mengambil antibiotik ataupun tidak: 

Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada payudara anda dan dia menyusu dengan betul. Cuba beberapa posisi menyusu yang berbeza untuk membantu bayi melekap dengan baik. Untuk memastikan payudara yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu.

Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik. Sesetengah ibu mendapati pam payudara dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting pedih. Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin.

Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika haba dikenakan pada payudara. Letakkan kain panas atau jaram, atau mandi dengan air panas. Walau bagaimanapun sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan.

Jika urutan melegakan, urutlah payudara anda perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh memburukkan mastitis. Ia menolak susu yang telah terkeluar dari duktus masuk lebih dalam ke dalam tisu payudara.

Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Parasetamol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.

Anda mungkin lebih suka untuk mencuba kaedah rawatan sendiri ini sebelum berjumpa doktor dan mengambil antibiotik. Walau bagaimanapun, jagalah diri anda sendiri, kerana jika mastitis anda tidak mula sembuh, ia boleh bertukar menjadi abses payudara. Abses ini akan memerlukan perhatian segera, dan kadang kala pembedahan diperlukan untuk mengeluarkannya.

Jika anda rasa sukar untuk membantu bayi anda melekap dan menyusu dengan baik, penting bagi anda mendapatkan bantuan. Mintalah doktor supaya merujuk anda kepada kaunselor penyusuan badan atau pakar penyusuan bayi. Lihatlah juga senarai organisasi penyusuan badan A-Z kami untuk sumber-sumber bantuan lain.

Berapa lamakah mastitis akan berterusan?Jika didiagnosis di peringkat awal, mastitis adalah mudah dan cepat untuk dirawat, dan anda akan akan berasa 100 peratus lebih sihat dalam sedikit masa. Jika anda mula mengambil antibiotik (juga bagi kes bukan infeksi), pastikan anda menghabiskan semua ubat itu. Jika buah dada anda masih bengkak dan suhu badan masih tinggi, hubungilah doktor anda. 

Perlukan saya berhenti menyusukan jika saya menghidap mastitis?Tidak. Malah, adalah penting bagi anda meneruskan penyusuan semasa mengalami mastitis. Ini akan membantu anda sembuh. Walaupun kadang-kala anda merasa sakit yang terlampau, anda perlu menyusukan bayi anda sekerap mungkin. 

Mengeluaran banyak susu akan membantu penyembuhan. Cuba letakkan flanel yang hangat pada payudara untuk beberapa minit sebelum setiap penyusuan. Ini akan membantu anda merasa lebih selesa dan memudahkan penyusuan. 

Jika bayi anda tidak mengosongkan buah dada yang radang bengkak apabila menyusu, gunakan pam buah dada untuk mengosongkannya. Dan jika anda terasa amat sakit apabila menyusu, cuba perah susu anda dan berikan susu ini kepada bayi anda dengan menggunakan cawan atau botol. 

Adakah mastitis menjejaskan bayi saya?Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda. Adalah selamat untuk bayi anda menyusu daripada payudara yang dijangkiti.

sumber : babycenter.com
dikongsi oleh : 

Menyusukan Anak Tak Semudah Disangka. 10 Sebab Boleh Gagalkan Ibu!



Ada ibu marah-marah bila membaca fakta mengatakan bayi yang menyusu susu ibu eksklusif mempunyai IQ lebih bijak. Kenapa perlu marah? Itu adalah penemuan para pakar yang membuat kajian dan ia sememangnya benar.

Pilihan di tangan ibu sendiri. Kenapa tidak memilih untuk menyusukan anak dengan susu ibu?

Biasanya ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi mereka sudah mempunyai keazaman dan persiapan rapi sebelum melahirkan anak lagi dan mereka yang tidak menyusukan bayi pula memang mempunyai 'zero knowledge' tentang penyusuan susu ibu.

Mungkin juga mereka beranggapan tugas menyusukan bayi adalah perkara fitrah yang akan berlaku secara semula jadi selepas bayi lahir. Namun apabila berdepan dengan suasana sebenar, barulah mereka akur menyusukan bayi tidak semudah yang disangka dan akhirnya terpaksa berputus asa sebelum berjuang habis-habisan. Kenapa?

Mungkin salah satu sebab ini berlaku ke atas diri anda.

1. Susu tiada

Info yang dibaca mengatakan sebaiknya susukan bayi selepas dilahirkan. Tapi susu tak ada pun! Habis tu macam mana ni? Anak asyik menangis nak susu tapi setitik susu pun tak keluar lagi. Yang ada cuma beberapa titik cecair kuning. Nak bagi ke tak? Untuk pengetahuan cecair kuning di awal kelahiran bayi adalah kolostrum yang sangat bagus untuk antibodi bayi.


2. Ahli keluarga dan kawan-kawan tak faham

Adakalanya ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang datang melawat ibu bersalin akan menyuruh ibu 'top up' bayi dengan susu formula. Kononnya susu ibu makin lama makin kurang, nanti bayi tak kenyang dan asyik meragam. Apatah lagi bila ibu sudah kembali bekerja, susah hendak ditinggalkan di rumah pengasuh kalau tak pandai minum susu formula. Alasan yang tak masuk akal!


3. Bagi anak air masak

Bagi yang baru bergelar ibu, tentu kurang pengalaman dan pengetahuan. Kadang kala nasihat daripada orang yang lebih tua untuk memberi bayi minum air masak kerana kononnya bayi cepat haus sebab itu asyik menangis sahaja mesti dipatuhi. Padahal susu ibu sendiri sudah mengandungi 80% kandungan air dan bayi berusia bawah enam bulan tak perlu air atau makanan lain selain susu ibu.


4. Salah info

Pernah tak berhadapan dengan situasi ditegur oleh ahli keluarga supaya jangan kerap sangat menyusukan bayi sebab nanti susu habis! (Ni memang kelakar). Bagi ibu yang tiada maklumat sudah tentu akan ikut nasihat tersebut. Hakikatnya susu ibu tak pernah habis bahkan lagi kerap menyusukan anak lagi banyak susu terhasil.


5. Tunggu bengkak baru pam

Siapa selalu buat macam ini? Alasannya bila pam nanti baru banyak susu yang diperoleh. Sebenarnya salah cara tersebut. Jangan tunggu sampai payudara bengkak baru hendak pam kerana anda sebenarnya mencari nahas untuk membuatkan susu makin berkurangan. Ini kerana bila bengkak, ibu akan demam, seterusnya jadi mastitis atau terkena jangkitan kuman. Sebetulnya pam setiap dua hingga tiga jam sekali walaupun payudara anda ketika itu 'lembik' dan rasa kosong tanpa susu.


6. Cuci puting payudara

Puting payudara perlu dicuci setiap kali lepas menyusukan anak. Penat juga kalau kena ikut 'nasihat' tersebut. Buatnya ketika itu ibu menyusukan anak dalam kereta bagaimana hendak cuci puting pula? Jangan silap info ya ibu-ibu. Ia sama sekali tidak benar. Puting payudara ibu tak perlu dicuci kerana ia mempunyai sebum yang mengeluarkan agen antibakteria yang dapat melindungi bayi yang menghisap susu ibu daripada sebarang kekotoran.


7. Kuantiti susu tak sama bila pam

Jangan jadikan ini sebagai punca ibu cepat putus asa. Sebenarnya ia memang perkara normal kalau kadang-kadang pam dapat sikit dan kadang kala dapat banyak. Tak semestinya setiap sesi mengepam susu, ibu akan dapat dalam kuantiti yang sama. Yang penting, lagi kerap kita pam, lagi banyak susu akan dihasilkan.


8. Perbandingan yang negatif

Ini berlaku pada ibu-ibu menyusu yang berkerjaya. Biasanya ibu-ibu menyusu akan bersama mengepam susu ketika di pejabat. Ada buruk baiknya perkara ini. Baiknya mungkin masing-masing akan saling bertukar info dan pengalaman tentang penyusuan. Tetapi yang buruknya bila ada yang suka membandingkan kuantiti dan rupa susu setiap ibu yang mengepam. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu yang mendapat susu perahan yang sedikit atau yang susunya agak cair pada hari tersebut.


9. Stok susu makin berkurangan

Bila ibu menyusu mengalami situasi ini, ia memang boleh buat ibu tak senang duduk. Walaupun sudah pam mengikut waktu, susu yang keluar masih tidak cukup untuk menampung keperluan anak. Jangan putus asa! Bila berhadapan dengan situasi ini, ibu perlu kuat semangat dan terus gigih berusaha. Selain itu jangan lupa berdoa kepada Tuhan agar mencukupkan rezeki anak dengan susu ibu.


10. Bila ibu mengalami stres

Stres memang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Kalau boleh, ibu menyusu perlu elakkan daripada mengalami stres. Kalau stres juga, cuba pura-pura tidak stres dan gembirakan hati dengan pelbagai cara.



Sumber : majalah Pa&Ma
Dikongsi oleh : 

Thursday, 16 March 2017

5 Punca Bayi Tersedak Susu

sumber foto : women online magazine

Bayi Tersedak Susu. Jangan pandang enteng dengan situasi ini, bahaya jika berlaku sindrom bayi tersedak susu. Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran feeding/ memakan yang masih terhad. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.

Mungkin ibu yang berusia muda kurang pengetahuan tentang teknik penyusuan anak yang betul. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari doktor atau pakar sakit puan. Teknik penyusuan yang betul akan mengurangkan kesakitan pada buah dada.

Jom kita selidik apakah bahaya bila bayi tersedak, adakah membawa maut? Ketahui juga apakah penyebab bayi tersedak ketika menghisap susu.

1/ Bahaya bagi bayi pra matang
Ini kerana bayi yang masih kecil mempunyai saraf yang belum matang terutamanya bagi bayi yang lahir tidak cukup badan. Pengamal perubatan perlu berhati-hati dengan bayi pra matang di bawah 34 minggu terutama apabila menyusu menggunakan botol atau susu badan.
Perkara sebegini agak rumit untuk difahami buat setiap ibu bapa. Tanpa berfikiran negatif, 90% bayi yang dilahirkan tiada masalah serta secara automatik pandai menyusu.

2/ Faktor gangguan semasa menyusu
Faktor yang boleh menyebabkan penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala selsema atau tidak sihat. Kebanyakan kes tersedak susu berikutan bayi mengalami masalah ini.
Ketika menyusu ada sedikit kahak yang masuk atau susu tiba-tiba terlampau, contohnya susui badan bagi ibu dan bayi yang pertama kali menyusu badan. Akibat tekanannya laju, bayi boleh tersedak.

3/ Periksa Lubang Puting
Lazimnya nasihat doktor kepada ibu yang anaknya kerap tersedak ialah memerah sedikit susu dari payudara bagi mengurangkan tekanannya ketika bayi menyusu atau periksa putting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar.
Mungkin bayi anda mengigit puting botol sehingga menjadi besar. Jika bayi masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk memastikan sistem pernafasannya berjalan lancar atau tidak.

4/ Jangan Panik Ketika Bayi Anda Tersedak
Ini kerana ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara dan bayinya tidak bernafas. Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan. Apa yang perlu dilakukan ialah dukung bayi dan tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik ini akan membantu anda.
Berkemungkinan susu juga boleh masuk ke paru-paru sehingga terganggu sistem pernafasan terganggu. Jika ini yang berlaku anda perlu berikan bantuan CPR iaitu pernafasan mulut ke mulut.

5/ Berjaga-jaga bila menghantar anak ke pusat jagaan
Maklumlah ibu bapa perlu bekerja untuk menyara anak-anak dan terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Disarankan anda pantau, selidik dan bertanya perihal pusat jagaan tersebut.
Carilah pusat jagaan yang berdaftar dan pilih yaang anak jagaannya tidak ramai supaya mereka dapat memberikan lebih perhatian kepada bayi anda.

sumber info : women online magazine

5 Cara memerah susu secara manual (dengan tangan)



Bagi sesetengah individu, mereka merasakan perahan susu menggunakan tangan adalah lebih cepat dan efektif, manakala bagi sesetengah individu, merasakan penggunaan pam dapat mempercepatkan pengeluaran susu. Setiap ibu perlu mengetahui kedua-dua kaedah ini dan mencubanya sendiri dan menilai tahap keberkesanannya pada diri mereka. Gunakan kaedah yang paling mudah dan selesa.

cara perah susu badan menggunakan 2 tangan


Berikut ialah 5 cara mudah untuk perah susu badan :)


1/ Pilih masa yang sesuai dimana anda tidak tergesa-gesa. Basuh tangan anda sebersihnya dan lekapkan tangan anda ke payudara.

2/ Menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, urut payudara sekitar putting payudara supaya pengaliran susu dalam saliran tidak tersekat.

3/ Urut ke bawah bahagian sekitar putting dan tekan sedikit supaya susu awal keluar dari putting. Lakukan berulang kali sehingga susu keluar sepenuhnya.

4/ Tadah susu tersebut dengan botol susu yang bersih, freezer bag atau container.

5/ “Practise make perfect” dan ianya memerlukan proses untuk menguasai teknik ini. Sekiranya tidak berjaya, berjumpalah dengan penasihat penyusuan ibu ataupun menghadiri seminar menyusukan bayi.

Selamat Mencuba


sumber : (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)

"5 Steps Power Pumping" untuk ibu menyusu.



Lebih kerap anda mengeluarkan susu ibu, lebih banyak susu ibu yang akan dihasilkan, tetapi menyusu dengan lebih kerap adalah lebih efektif daripada menyusu untuk tempoh masa yang panjang. Apabila anda berjauhan dengan bayi anda, dan perlu memerah susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi anda, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih. 

Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di sebelah payudara sambil mengepam payudara yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses perahan. Meletakkan flanel hangat pada payudara anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam payudara mudah dan sesuai digunakan, tidak semua payudara wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam payudara– sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa memerah susu ibu menggunakan tangan adalah lebih efektif. 

Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan. (Baca dengan lebih lanjut mengenai bagaimana untuk menyimpan susu badan dengan selamat.) 

Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya. Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi payudara anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu. 


Disemak semula oleh pendidik antenatal dan perunding penyusuan ibu Jennifer Hor. Beliau juga adalah penulis bersama Asian Parenting Today 

sumber : babycenter.com.my

Wednesday, 15 March 2017

10 Masalah Penyusuan Bayi


Setiap perkara yang kita lakukan, semestinya perlu melalui proses semulajadi. Sama seperti proses penyusuan bayi, mestilah kena belajar bersungguh-sungguh, ada caranya yang perlu dilalui langkah demi langkah. Oleh itu, ibu yang sedang mengandung dan yang baru bersalin, perlulah mendapatkan ilmu tentang penyusuan bayi supaya tiada masalah yang timbul semasa proses penyusuan bayi anda.

Berikut ialah 10 masalah yang sering dihadapi dalam proses menyusukan bayi. Jika anda mengatasi masalah ini, eloklah diatasi segera. Ruginya jika anda terlepas peluang menyusukan bayi anda dari susu badan sendiri. Setitik air susu ibu itu menjadi rahmat untuk si anak.


1/ SAKIT KETIKA BAYI MENYUSU

Kemungkinan kedudukan bayi tidak betul semasa dia menyusu pada puting payudara anda. Cara mengatasi masalah ini ialah pastikan bayi pada kedudukan yang betul. Posisi ibu dan bayi haruslah begini - perut bayi melekap separas perut ibu. Perut bayi tidak seharusnya mengadap ke atas. Kenakan puting payudara pada pipi dan dagu bayi supaya bayi terus dapat menangkap puting anda ke dalam mulutnya. Pastikan puting payudara masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi anda. Sekiranya masih lagi terasa sakit, kemungkinan payudara kita kering.





sumber foto : google


2/ PUTING MEREKAH / BERDARAH

Puting merekah boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya puting yang terlalu kering, teknik pam yang salah dan cara penyusuan bayi yang tidak tepat. Ibu muda dan yang baru belajar menyusukan bayi antara golongan yang sering mengalami masalah ini. Cara penyusuan bayi yang salah boleh mengakibatkan payudara ibu berdarah. Jangan risau, ilmu penyusuan haruslah sentiasa ditambah untuk mengelakkan puting sakit.

Patikan ibu ada ilmu penyusuan yang betul dan kerapkan penyusuan bayi. Seelok-eloknya susukan bayi anda 2 jam sekali supaya bayi tidak akan terlalu lapar. Bila bayi lapar, dia akan menghisap susu di badan ibu dengan kuat dan boleh mengakibatkan kesakitan pada si ibu. Selang selikan dengan payudara yang tidak luka.


3/ SALUR SUSU TERSUMBAT

Salur susu tersumbat kerana susu yang tidak keluar habis. bila ia terjadi akan terasa ada bahagian payudara yang keras dan akan terasa sakit bila dipegang. Ia akan menjadi lebih teruk jika bahagian itu bertukar menjadi bengkak dan bertukar kepada warna kemerahan. Kemungkinan juga ibu akan menjadi panas badan dan demam.

Seeloknya :
- perah susu sehingga habis / kosong
- jangan memakai coli/bra yang terlalu ketat
- tuam payudara sekiranya ada bahagian terasa keras
- mandi dengan air suhu suam untuk membantu lancarkan urat susu yang tersumbat
- urut perlahan-lahan bahagian yang keras dan picit semua susu keluar.
- jangan risau, susu baru akan terhasil semula selepas itu.


4/ BENGKAK SUSU KERANA TERLALU BANYAK SUSU

Terlebih susu menjadi masalah juga kepada ibu. Payudara akan menjadi kembang dan membesar kerana menampung jumlah susu yang banyak. Ada kalanya bayi tidak sudah kenyang tetapi susu ibu pula banyak. Seeloknya jangan dibiarkan susu berlebih di dalam payudara, pam susu itu dan simpan di dalam peti sejuk (beku).Harus berhati-hati apabila susu terlalu banyak, bayi anda mungkin boleh tersedak ketika menyusu.


5/ JANGKITAN SALURAN PAYUDARA (MASTITIS)

Jangkitan saluran payudara ini disebabkan oleh bengkak susu (terlalu banyak susu yang tersimpan dalam payudara) dan ianya dibiarkan lama. Saluran susu akan dijangkiti kuman dan bakteria dan boleh mengakibatkan demam dan sakit-sakit badan kepada ibu. Ibu perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat doktor. Biasanya doktor akan bagi ubat anti-biotik untuk membuang kekotoran dalam badan dan membunuh bakteria.

Oleh itu, ibu seharusnya rajin tuam payudara, kosongkan saluran payudara anda dan boleh juga berurut untuk melancarkan saluran urat-urat yang tersumbat.


6/ JANGKITAN KULAT

Jangkitan kulat biasanya berlaku apabila mulut bayi atau payudara ibu tidak bersih. Payudara boleh menjadi gatal-gatal dan kemerahan. Puting boleh menjadi kering dan mengelupas.Selain itu, payudara akan menjadi bengkak dan ada biji-biji gatal. Jangan menggaru payudara yang gatal kerana kuman boleh merebak dengan cepat ke bahagian lain apabila disentuh terutamanya mulut bayi.

Pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat anti-fungus daripada doktor. Dapatkan rawatan susulan sekiranya gatal-gatal masih terasa. Seeloknya penyusuan bayi dihentikan seketika supaya bayi tidak terkene fungus pada kulit dan bahagian lain bayi.


7/ SUSU IBU TIDAK BANYAK

Ini adalah dilema yang sering mengganggu ibu yang baru melahirkan bayi. Susu biasanya akan keluar dengan banyak dalam masa seminggu selepas kelahiran bayi. Ada ibu yang merungut kerana susu sedikit di awal kelahiran dan bayi sentiasa menangis kerana lapar.

Sebenarnya, payudara ibu perlu sentiasa diurut supaya tindakbalas penghasilan susu menjadi banyak.
- Minum air kosong / air suam dengan kuantiti yang banyak supaya bendalir dalam badan seimbang
- Makan makanan yang berkhasiat dan memperbanyakkan susu
- Dapatkan supplement tambahan sekiranya susu sikit
- Buat jadual mengepam susu secara berkala, tetapkan masa untuk menyusukan bayi dan mengepam


8/ BAYI SEOLAH-OLAH TIDAK KENYANG SUSU

Bayi akan lebih suka berada dalam pelukan ibu semasa menyusu dan tidak mahu lepaskan payudara ibu. Kadangkala bayi terasa seperti tidak kenyang susu dan asyik mencari-cari payudara ibunya apabila berada dalam dakapan.

Seeloknya, susukan bayi anda mengikut waktu tertentu supaya bayi anda biasa dengan situasi dan tidak akan melekap lama di payudara anda. Pastikan bayi anda mendapat kuantiti susu yang cukup semasa penyusuan bayi supaya dia tidak menangis. Sekiranya ibu dah penat, si ayah sila ambil alih dodoikan bayi anda di dalam dakapan.


9/ PUTING PENDEK / KECIL

Ramai ibu yang mempunyai masalah puting kecil dan pendek mengeluh dan berputus asa untuk menyusukan bayi. Sebenarnya ibu harus mengathui teknik mengepam susu menggunakan pam yang sesuai untuk menarik keluar puting payudara ke hadapan.

Jangan berputus asa kerana pada zaman yang serba moden ini, pelbagai keperluan ibu dan alat mengepam susu telah dicipta bagi menyelesaikan masalah puting kecil ini.


10/  SAKIT DI ATAS BAHAGIAN PAYUDARA (LET-DOWN REFLEX)

Payudara ibu akan terasa berdenyut sama ada sebelah kanan sahaja, kiri sahaja atau kedua-dua belah.
Ibu haruslah berjumpa pakar dan doktor untuk mengatasi masalah ini. Kadangkala ianya disebabkan keadaan saluran dan susu itu sendiri. Mungkin susu tidak diperah habis dan mungkin juga ada terkena jangkitan.

Seeloknya gilir-gilir payudara kanan dan kiri semasa menyusukan bayi anda supaya penghasilan susu seimbang.


sumber : ibucergas.com
diolah semula : blog penyusuanbayi

5 Suhu Betul Simpan Susu Ibu Yang Diperah Dalam Peti Sejuk. Barulah Tahan Lama!


Niat di hati nak menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif. Wah! Itu memang satu niat yang bagus dan perlu disokong. Bukan mudah ya bagi ibu bekerjaya untuk meneruskan usaha memberi bayi susu ibu sepenuhnya selama dua tahun.

Tetapi jangan lupa belajar cara betul menyimpan susu ibu. Maklumlah ibu bekerja perlu konsisten pam susu ibu setiap dua jam di ofis. Penyimpanan susu ibu perahan (SIP) di tempat dan suhu yang betul penting supaya kualitinya kekal mengikut tempoh yang sesuai.

Sudah tentu ia perlu disimpan di tempat yang betul untuk mengelakkan daripada rosak dan basi sebelum sempat diberi kepada bayi. Jangan nanti penat sahaja anda mengepam susu di ofis tetapi terpaksa dibuang sebab basi dan rosak. Sayangnya!


1. Suhu bilik (25°C hingga 37°C)
Susu ibu perahan yang disimpan pada suhu ini hanya bertahan sehingga empat jam sahaja. Anda perlu memastikan keadaan persekitaran susu ibu perahan disimpan adalah bersih.


2. Bilik berhawa dingin (15°C hingga 25°C)
Susu ibu hanya boleh disimpan maksimum lapan jam sahaja di sini. Anda mestilah memastikan botol susu atau plastik yang digunakan disimpan dalam suhu yang sentiasa sejuk. Sebaiknya bungkus bekas penyimpanan susu ibu dengan tuala sejuk bagi mengekalkan ia sentiasa sejuk.


3. Peti sejuk suhu kurang daripada -4°C
Susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk bersuhu ini bertahan optimum lapan hari di dalam keadaan yang sangat bersih. Simpan susu di bahagian paling belakang peti sejuk kerana suhunya lebih sejuk.


4. Peti ais suhu kurang daripada -4°C
Susu ibu perahan boleh tahan selama dua minggu jika disimpan dalam peti sejuk satu pintu dan tiga bulan dalam peti sejuk dua pintu. Simpan susu ibu perahan pada suhu -18°C adalah selamat daripada pencemaran bakteria walaupun proses enzimatik yang terkandung di dalam makanan mungkin tidak boleh dihapuskan.


5. Peti sejuk beku (Deep freezer)
Susu ibu perahan boleh disimpan selama enam bulan dalam peti sejuk jenis ini. Anda cuma perlu memastikan suhu peti sejuk beku ini sentiasa kekal di bawah 20°C sepanjang masa. Sekiranya anda melakukan proses menyahbeku peti ais, susu yang disimpan mampu bertahan sehingga 24 jam sahaja dan ia tidak boleh dibekukan semula. Jangan sesekalii memandang remeh tentang perkara ini jika anda benar-benar mahu memberikan yang terbaik kepada Si Manja.

sumber : majalah Pa&Ma


*sumber foto dari internet