Wednesday, 15 March 2017

10 Masalah Penyusuan Bayi


Setiap perkara yang kita lakukan, semestinya perlu melalui proses semulajadi. Sama seperti proses penyusuan bayi, mestilah kena belajar bersungguh-sungguh, ada caranya yang perlu dilalui langkah demi langkah. Oleh itu, ibu yang sedang mengandung dan yang baru bersalin, perlulah mendapatkan ilmu tentang penyusuan bayi supaya tiada masalah yang timbul semasa proses penyusuan bayi anda.

Berikut ialah 10 masalah yang sering dihadapi dalam proses menyusukan bayi. Jika anda mengatasi masalah ini, eloklah diatasi segera. Ruginya jika anda terlepas peluang menyusukan bayi anda dari susu badan sendiri. Setitik air susu ibu itu menjadi rahmat untuk si anak.


1/ SAKIT KETIKA BAYI MENYUSU

Kemungkinan kedudukan bayi tidak betul semasa dia menyusu pada puting payudara anda. Cara mengatasi masalah ini ialah pastikan bayi pada kedudukan yang betul. Posisi ibu dan bayi haruslah begini - perut bayi melekap separas perut ibu. Perut bayi tidak seharusnya mengadap ke atas. Kenakan puting payudara pada pipi dan dagu bayi supaya bayi terus dapat menangkap puting anda ke dalam mulutnya. Pastikan puting payudara masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi anda. Sekiranya masih lagi terasa sakit, kemungkinan payudara kita kering.





sumber foto : google


2/ PUTING MEREKAH / BERDARAH

Puting merekah boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya puting yang terlalu kering, teknik pam yang salah dan cara penyusuan bayi yang tidak tepat. Ibu muda dan yang baru belajar menyusukan bayi antara golongan yang sering mengalami masalah ini. Cara penyusuan bayi yang salah boleh mengakibatkan payudara ibu berdarah. Jangan risau, ilmu penyusuan haruslah sentiasa ditambah untuk mengelakkan puting sakit.

Patikan ibu ada ilmu penyusuan yang betul dan kerapkan penyusuan bayi. Seelok-eloknya susukan bayi anda 2 jam sekali supaya bayi tidak akan terlalu lapar. Bila bayi lapar, dia akan menghisap susu di badan ibu dengan kuat dan boleh mengakibatkan kesakitan pada si ibu. Selang selikan dengan payudara yang tidak luka.


3/ SALUR SUSU TERSUMBAT

Salur susu tersumbat kerana susu yang tidak keluar habis. bila ia terjadi akan terasa ada bahagian payudara yang keras dan akan terasa sakit bila dipegang. Ia akan menjadi lebih teruk jika bahagian itu bertukar menjadi bengkak dan bertukar kepada warna kemerahan. Kemungkinan juga ibu akan menjadi panas badan dan demam.

Seeloknya :
- perah susu sehingga habis / kosong
- jangan memakai coli/bra yang terlalu ketat
- tuam payudara sekiranya ada bahagian terasa keras
- mandi dengan air suhu suam untuk membantu lancarkan urat susu yang tersumbat
- urut perlahan-lahan bahagian yang keras dan picit semua susu keluar.
- jangan risau, susu baru akan terhasil semula selepas itu.


4/ BENGKAK SUSU KERANA TERLALU BANYAK SUSU

Terlebih susu menjadi masalah juga kepada ibu. Payudara akan menjadi kembang dan membesar kerana menampung jumlah susu yang banyak. Ada kalanya bayi tidak sudah kenyang tetapi susu ibu pula banyak. Seeloknya jangan dibiarkan susu berlebih di dalam payudara, pam susu itu dan simpan di dalam peti sejuk (beku).Harus berhati-hati apabila susu terlalu banyak, bayi anda mungkin boleh tersedak ketika menyusu.


5/ JANGKITAN SALURAN PAYUDARA (MASTITIS)

Jangkitan saluran payudara ini disebabkan oleh bengkak susu (terlalu banyak susu yang tersimpan dalam payudara) dan ianya dibiarkan lama. Saluran susu akan dijangkiti kuman dan bakteria dan boleh mengakibatkan demam dan sakit-sakit badan kepada ibu. Ibu perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat doktor. Biasanya doktor akan bagi ubat anti-biotik untuk membuang kekotoran dalam badan dan membunuh bakteria.

Oleh itu, ibu seharusnya rajin tuam payudara, kosongkan saluran payudara anda dan boleh juga berurut untuk melancarkan saluran urat-urat yang tersumbat.


6/ JANGKITAN KULAT

Jangkitan kulat biasanya berlaku apabila mulut bayi atau payudara ibu tidak bersih. Payudara boleh menjadi gatal-gatal dan kemerahan. Puting boleh menjadi kering dan mengelupas.Selain itu, payudara akan menjadi bengkak dan ada biji-biji gatal. Jangan menggaru payudara yang gatal kerana kuman boleh merebak dengan cepat ke bahagian lain apabila disentuh terutamanya mulut bayi.

Pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat anti-fungus daripada doktor. Dapatkan rawatan susulan sekiranya gatal-gatal masih terasa. Seeloknya penyusuan bayi dihentikan seketika supaya bayi tidak terkene fungus pada kulit dan bahagian lain bayi.


7/ SUSU IBU TIDAK BANYAK

Ini adalah dilema yang sering mengganggu ibu yang baru melahirkan bayi. Susu biasanya akan keluar dengan banyak dalam masa seminggu selepas kelahiran bayi. Ada ibu yang merungut kerana susu sedikit di awal kelahiran dan bayi sentiasa menangis kerana lapar.

Sebenarnya, payudara ibu perlu sentiasa diurut supaya tindakbalas penghasilan susu menjadi banyak.
- Minum air kosong / air suam dengan kuantiti yang banyak supaya bendalir dalam badan seimbang
- Makan makanan yang berkhasiat dan memperbanyakkan susu
- Dapatkan supplement tambahan sekiranya susu sikit
- Buat jadual mengepam susu secara berkala, tetapkan masa untuk menyusukan bayi dan mengepam


8/ BAYI SEOLAH-OLAH TIDAK KENYANG SUSU

Bayi akan lebih suka berada dalam pelukan ibu semasa menyusu dan tidak mahu lepaskan payudara ibu. Kadangkala bayi terasa seperti tidak kenyang susu dan asyik mencari-cari payudara ibunya apabila berada dalam dakapan.

Seeloknya, susukan bayi anda mengikut waktu tertentu supaya bayi anda biasa dengan situasi dan tidak akan melekap lama di payudara anda. Pastikan bayi anda mendapat kuantiti susu yang cukup semasa penyusuan bayi supaya dia tidak menangis. Sekiranya ibu dah penat, si ayah sila ambil alih dodoikan bayi anda di dalam dakapan.


9/ PUTING PENDEK / KECIL

Ramai ibu yang mempunyai masalah puting kecil dan pendek mengeluh dan berputus asa untuk menyusukan bayi. Sebenarnya ibu harus mengathui teknik mengepam susu menggunakan pam yang sesuai untuk menarik keluar puting payudara ke hadapan.

Jangan berputus asa kerana pada zaman yang serba moden ini, pelbagai keperluan ibu dan alat mengepam susu telah dicipta bagi menyelesaikan masalah puting kecil ini.


10/  SAKIT DI ATAS BAHAGIAN PAYUDARA (LET-DOWN REFLEX)

Payudara ibu akan terasa berdenyut sama ada sebelah kanan sahaja, kiri sahaja atau kedua-dua belah.
Ibu haruslah berjumpa pakar dan doktor untuk mengatasi masalah ini. Kadangkala ianya disebabkan keadaan saluran dan susu itu sendiri. Mungkin susu tidak diperah habis dan mungkin juga ada terkena jangkitan.

Seeloknya gilir-gilir payudara kanan dan kiri semasa menyusukan bayi anda supaya penghasilan susu seimbang.


sumber : ibucergas.com
diolah semula : blog penyusuanbayi

No comments:

Post a Comment